Saturday, October 25, 2008

Sumber dari Biotech Supllies & Consultancy Sdn Bhd

Info Diabetis

Penyakit kencing manis ataupun Diabetis Mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetis jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetis Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetis jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetis jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan kepada pesakit).

Simptom / Gejala

  • Kerap membuang air kencing
  • Sentiasa berasa dahaga dan Selera makan meningkat
  • Letih & Hilang berat badan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Penglihatan sering menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih symptom. Ada juga orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Biasanya mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan kencing manis ?

Tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Biasanya doktor akan mengesyorkan ubat untuk mengawal penyakit kencing manis. Adakalanya ia memberi kesan kepada penghidap-penghidap penyakit ini. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan yang seimbang.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat dikawal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Kini salah satu ubat herba untuk mengawal kencing manis melalui kaedah BioTech telah dihasilkan yang dinamakan Diabegard TM. Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Doktor juga memberikan suntikan insulin sekiranya paras gula didalam darah sukar dikawal

Rawatan awal adalah penting bagi….

  • Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis
  • Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat
  • Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia

Ujian Air Kencing dan Darah

Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan

Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis.

Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian

Panduan makanan

Makanan yang patut dielakkan

Gula yang berlebihan, Coklat, Jem, Sirap, Aiskrim, Biskut-biskut yang manis, Susu pekat, Minuman ringan, Gula-gula jeli dan sebagainya.

Makanan yang patut dikurangkan

Nasi, Roti, Ubi kentang, Ubi keledek, Ubi kayu, Jus, Kelapa, Daging kambing, Buah-buahan jeruk, Bahan-bahan tenusu dan sebagainya.



Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi, cendawan, bayam, tomato, bunga kobis, kacang bendi, terung, petola. Buah-buahan dengar kadar yang sederhana.

Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk

Amatlah penting bagi penghidap kencing manis untuk sentiasa menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun

Kalau anda gemuk

Kurangkan makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak.


Senaman

Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik.

Bahaya penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal.

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-

  • Buta ,Kerosakan buah pinggang ,Sakit jantung ,Strok ,Darah tinggi dan Penyakit saraf. Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
  • Tidak sedarkan diri

Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut

Laman Utama